Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Thursday, October 14, 2010

Penantian

akhirnya saat yang ditunggu tiba..setelah sekian lama menunggu, saya masih diberi peluang, dikurnia rezeki nak jenguk blog ni. kesibukan mengejar sepatutnya bukan menjadi alasan, tapi apakan daya..Ya Allah lemahnya daku sebagai hambaMu..

Rutin ujian makmal, jenguk kerja2 sampingan di klinik, hadir kelas + assignment yg semakin bertambah, disulami presentation yang bakal menentukan nasib projek sarjana, owh..Tuhan. hanya sebahagian kecil saja kerjaku jika dibandingkan dengan tugasan ulamak2 terdahulu.

Secebis nasihat yang saya amat kagumi dari Ustaz Kamal sewaktu perbincangan bersama pelajar2 sarjana di bawah seliaan bersama, masing2 cuba menyatakan kebimbangan untuk mendalami ilmu yang jauh berbeza dari latar belakang pengajian sebelumnya..Bidasan ustaz cukup membuatkan saya bertambah yakin bahawa kita bukan berjuang tanpa matlamat. matlamat kita adalah yang hak di akhirat. Ilmu itu semuanya dari al-Quran. Yahudi dah pecah2kan kepada sains la, kejuruteraan la dan macam2 lagi. Hakikatnya, semuanya ada dalam kitab suci yang seharusnya jadi pegangan tatkala nabi dan rasul bukan lagi pada abad ni. Semestinya pendapatnya tak jauh bezanya dengan pendapat Dr Norhissam, selaku rakan perjuangan beliau..(oowh siapakah itu?),

8- 10 oktober, International Conference on Biotechnology and Wellness Industry di PWTC

Alhamdulillah, sekali fikir bagai satu peluang untuk keluar dari kekusutan kerja2 yang menimbun, ambil udara baru sambil menjengah ilmu2 baru di sana. Dari sudut ilmiahnya, masyaAllah begitu bijak Allah mengatur segalanya. Suka la event yang kali ni. Protokolnya hanya sekadar biasa2 saja, namun masih dalam tatasusila majlis yang selesa bagi saya yang tidak gemar majlis yang ketat protokolnya. Peluang dengar para ilmuan dari kebanyakan negara membuatkan saya yang memang suka berangan ni, berkobar2 nak jadi saintis islam yang mampu memberi manfaat pada ummat. Harus ada matlamat, itu yang saya fikir. Hasilnya bukan hak kita, tapi hak mutlak Allah bukan?Moga Allah kabulkan...amin. Tapi sedih jugak, orang lain dah boleh siapkan poster, reserach paper, tapi saya tak mampu lagi...sob3..mujurlah penyelia, dr Chua dan Prof Roji sejak akhir2 ni banyak naikkan semangat. Tak kira, kena usaha kuat lagi...huh!Tiap2 hari sisa hidupku di lab..oooo...adakah?

Hurm...the most precious moment ever this year! Luangkan masa bersama seorang sahabat yang ditakdirkan dalam perkalanan hidup ni. Saya dijemput di PWTC, kami bergerak tanpa arah tuju pada mulanya. Maha Hebat perancangan Allah itu. Kami dapat mesej jemputan open house PMM (Pertubuhan Mawaddah Malaysia), badan amal yang menjadi asbab perkenalan kami. Bergerak ke shah alam, jumpa Datin Noraini Md Top (umi) dan Dato' Safaruddin (abah), betapa mulianya hati mereka. Moga allah berkati perjuangan tokoh2 yang sealiran dengan perjuangan menjaga mandat agama dalam masyarakat islam kini dan terdahulu.

Kembali ke UPM serdang selewat jam 6 petang..kesian DIA. terpaksa memenuhi impian saya yang kecur air liur teringatkan buah celagi yang diwarwarkan sangat banyak di sekitar kolej. Dalam kepenatan, langkah digagahkan menyusuri ktapak2 tanaman pelajar UPM dan kebun sekitarnya. Bersinar2 mata ini tatkala menatap rimbunan buah celagi di dahan. berusaha kami mecapai dengan sedaya upaya, bukan setakat terlompat2 tapi siap baling kayu nak dapat buah..Kesian pokok..mintak ampun..kami sangat mengidamkanmu..yang pasti, dengan busana gaun ala2 princess di kala itu, mungkin mereka yang lalu lalang agak kepelikan sebab kami je yang excited nak makan buah tu.Bersungguh sangat. Tak kisah la asal dapat. Yang takkan saya lupakan sampai bila2 ialah pemandangan di kala petang hampir berlabuh, tasik yang dinaungi rimbuna pokok2 hijau, suasana yang amat damai...amaaaaaaaaaaaat tenang..Ya Allah, tentu saja jiwa yang halus ni sangat mengagumi ciptaan Mu Ya Allah. Andaikan saya mampu ukirkannya pada sebuah lukisan,...ahhh adakah sya bisa melukis?Takpelah, serapkan saja pada memori. Owh Tuhan...mimpikah?

Saat perpisahan itu pasti. Kalau tidak di dunia, di akhirat pasti jua. Masa seakan baru semalam berjumpa. Susah untuk dirakamkan dalam bentuk kata2. Kesimpulannya, memang masa2 yang kami luangkan terisi sepenuhnya. Alhamdulillah, moga ada pertemuan seterusnya. Sekurang2nya di akhirat kelak, pernah tertulis kita pernah bersahabat.

Di sebalik itu, sedikit kekesalan lantaran gagal menjejaki seorang lagi sahabat. Ucapan hari lahirnya hanya tinggal ucapan. Panggilan tidak dijawab, mesej tidak berbalas. sepertimana kesibukan diri sendiri sebelum ini dan sekarang juga, saya cuba mempositifkan diri, sibuk kot..tapi sampai bila manusia akan terus sibuk sehingga ukhwah terabai..nauzubillah. Saya masih berpegang, saya tak boleh sia2kan ukhwah ini lantaran kesibukan masing2...Ya Allah, dekatkan hati2 kami untuk sama2 mengejar redhaMu..

Usrah yang kurindui....moga masih ada pertemuanku denganmu..

Coretan sekian lama hampir bernoktah. Bersambung dengan memori Air Terjun Kota Tinggi 14 Oktober 2010 untuk entry yang seterusnya...kalau masih ada mood la kan nak cerita..susah betul bila nak tunggu mood tu datang.


Moga coretan ni sedikit sebanyak memberi manfaat, bukan lamunan angan2 semata2.

Wallahu'Alam

Hananwirda
11.37pm
14 oktober 2010




No comments:

Post a Comment