Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Friday, October 15, 2010

Hidroterapi semulajadi

Cont:-

Air terjun Kota Tinggi, 14 Oktober 2010

Kuala Lumpur..akhirnya bumimu kutinggalkan. Skudai kembali menjadi destinasi.

Beberapa hari di KL mengetuk minda saya, bahawa ini bukan dunia saya. Dunia yang penuh kesibukan, sesak dengan manusia dan lalulintas yang sangat2 menguji. mungkin bukan rutin saya, jadi pendapat itu mendahului. Jauh sekali untuk membanding2, tapi hakikatnya Johor dalam pengetahuan saya masih kurang sesaknya, terutamanya di Skudai. Tempat saya menjadi perantau kini.

Saat lelah baru saja berlabuh, kembali menempuh kerja2 makmal yang begitu setia menanti. Ajakan rakan2 sekerja part-time tak mampu saya tolak. Nak gi mandi air terjun. Hakikatnya, itulah impian saya sekian lama. Sesekali terdetik, teringat timbunan kerja yang terbengkalai. Pujukan demi pujukan meruntun jiwa halus. Ok, kami insyaAllah mahu ke air terjun...uwee..

Perjalanan tak jauh..betapa kami begitu teruja sewaktu perjalanan. Berkelah seusai zohor mungkin jarang benar dibuat orang,hee..kesian mereka terpaksa tunggu saya selesaikan kerja2 makmal dulu. Subhanallah, sungguh hebat ciptaanMu. Betapa saya sangat tenang menyentuh air sejuk yang berlumba2 turun dari gunung. YA Allah, eratnya kami ketika sama2 menikmati anugerah alam ciptaaanMu. Terasa ukhwah itu begitu dekat, ..hurm..sentimental value. Precious moment..couldnt describe by words. Ya Allah, berkati ukhwah kami dan teguhkan kami untuk terus sama2 berjuang dalam agamaMu, mohon dijauhkan sangkaburuk dan sengketa antara kami. Jika ada sekalipun, peliharalah kami agar kembali bertaut atas kesedaran bahawa kami saudara seagama. amin.

Hurm..berendam dalam air terjun + mengaplikasikan formula kami, Arometarapi D7.
Ambil gambar..memang tak habis2 main air...macam budak2 je..tapi kadang2 best jugak jadi budak2 kan..lupa sekejap masalah dunia..err..tapi jangan lupa terus. Abe se, kakni, hani, damia, ita, amy, myra, kak ati dan syafiq. We've done the session. Sampai kena halau dari air terjun sebab tak habis2 berendam..balik la pulak...huu

Orite..i've done. What's next is mandarin class exam. insyaAllah, although it's something that quite tough, i do have to pass it. Exam..i'll beat u on the coming 16 0ctober.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta pula dan lebih tersest dari (jalan yang benar).- Al Israk:72


Hananwirda




No comments:

Post a Comment