Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Thursday, June 24, 2010

PERUBATAN MODEN vs KOMPLIMENTARI/ALTERNATIF

Dunia sedang menyaksikan pertambahan kos penjagaan kesihatan yang begitu tinggi di dalam beberapa dekad kebelakangan ini walaupun kononnya banyak pembangunan teknologi dan kepandaian sains telah dimeterai oleh golongan profesional alopati (perubatan Barat). Namun hakikatnya, pembangunan kesihatan manusia masih tidak bangkit dari darjatnya yang rendah, tidak setanding dengan perakuan-perakuan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka.

Di manakah silapnya? Ini adalah soalan yang sedang mencabar para pemimpin dalam penjagaan kesihatan dan menyeksa masyarakat yang dibebani kos penyenggaraan kesihatan yang tinggi, yang dikenakan oleh pusat-pusat perubatan. Kepentingan keuntungan telah mendahului kepentingan merawat, kesediaan dan kerelaan menolong yang sakit dan cedera telah merosot dan hilang ditelan masa. Sebenarnya, masalah yang melanda merupakan satu krisis persepsi, yang mana telah mengelirukan masyarakat.

Melalui sejarah, kita dapat mengesan di mana permasalahan bermula daripada falsafah kolot Cartesian-Newtonian mengenai rupa dan bentuk dunia yang telah dijadikan asas sains. Falsafah model dunia ini yang mengatakan bahawa hanya fizikal sebagaimana yang diperjuangkan oleh dua nama besar sains – iaitu Descartes dan Isaac Newton – kononnya adalah kebenaran terunggul dan tidak tercabar oleh mana-mana pihak. Pemandangan sejagat Cartesian-Newtonian telah mendominasi kesemua ajaran sains, tidak ketinggalan bidang perubatan dan pembedahan.

Kesemua ajaran sains pada masa itu menerima pandangan mekanistik ilmu fizik klasik ini sebagai satu deskripsi realiti yang unggul. Namun, ia membangkitkan paradigma ilmu sains yang pincang dari kebenaran.

Atas dasar ilmu yang terpesong jauh daripada realiti ini, Albert Enstein dan rakan-rakannya pada awal abad ke-20 telah menyingkap pula teori mengenai alam semesta berasaskan prinsip bahawa ukuran ruang dan masa (ilmu fizik kuantum dan teori relativiti) adalah berkaitan. Teori ini terbukti benar, telah membuka dan memperjelaskan bahawa pandangan mekanistik Cartesian-Newtonian adalah amat terhad, antik dan kesahihannya boleh dipertikaikan. Teori Albert Einstein ini juga telah memberi laluan kepada konsep kewujudan organik dan kosmik dalam dunia sains perubatan. Fritjof Capra di dalam buku Space, Time & Medicine oleh Larry Dossey secara terang-terangan turut memperkatakan tentang krisis persepsi ini.

Namun di sini, apabila kita membicarakan tentang kedua-dua teori ini iaitu Teori Newton dan Teori Enstein yang menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan dunia sains hari ini, sedikit sebanyak kita perlu meletakkan kesangsian kerana Newton adalah Nasrani dan Enstein adalah Yahudi. Kesangsian itu bukan setakat kepada teori yang mereka kemukakan malah kepada diri mereka yang tidak beriman.

Contohnya, apabila kita mengambil Teori Enstein iaitu E=mc². Adakah ini sahaja yang boleh diperjelaskan melalui hukum tenaga sedangkan telah diberitakan kepada kita bahawa semua ciptaan Allah itu berpasang-pasangan. Jadi, tidak mustahil di sebalik teori ini mesti terdapat pasangannya yang mungkin tidak dapat ditemui oleh mereka ataupun mungkin disembunyikan daripada kita. Oleh yang demikian, banyak amalan-amalan/rawatan-rawatan alopati/konvensional yang ada mempunyai sedikit kepincangan kerana asas teori yang mereka gunakan hanyalah sebahagian daripada rahsia-rahsia Pencipta, iaitu ALLAH S.W.T.

Jika dilihat dan dikaji dengan keterbukaan minda, pengamalan sistem alopati ini menghasilkan banyak penyakit yang berpunca daripada cara/kaedah pengubatan pengamal itu sendiri. Ia berpunca daripada kesan sampingan ubat-ubatan berasaskan dadah, kimia dan racun secara berpanjangan atau disebut juga sebagai iatrogenisis.

Misalnya, pesakit arthritis yang diberikan rawatan bagi mengubati penyakit keradangan sendi itu akhirnya menderita pula penyakit gastritis. Penyakit-penyakit iatrogenik ini telah timbul sejak lama dahulu, berasal daripada ilmu sains, protokol, instrumentasi, metodologi penyelidikan, diagnosis dan rawatan sistem biomedikal itu sendiri.

Protokol penyelidikan perubatan moden yang dikenali sebagai single blind studies, double blind studies, randomized studieskononnya untuk menjunjung kebenaran demi kemajuan sains, namun telah terbukti mempunyai keterbatasannya dengan kewujudan penyakit-penyakit iatrogenik daripada sistem itu. Adalah perlu untuk alat yang kononnya berpiawaian sains ini dirombak dan diperiksa semula dengan menggunakan sifat ilmu sains yang lebih luas dan tepat, mangambil kira pemandangan sejagat mengenai ekologi dan alamiah asas kejadian serta kosmik yang berkaitan dengan kejadian, kehidupan dan kesihatan manusia.

Inilah dimensi penjagaan kesihatan manusia dan perubatan yang telah lama diketepikan atas dasar kemajuan dan keuntungan. Di dalam banyak perkara, limpahan penyakit iatrogenik yang diwujudkan oleh dunia sains biomedikal serta pengamalnya, pada takat yang tertentu, telah disorokkan daripada masyarakat ramai dengan menguarkan kejayaan, keberkesanan dan kekuasaan industri perubatan alopati ini.

Ini disokong pula oleh syarikat-syarikat pembuat ubat-ubatan gergasi, telah menjadikan pengamalnya berfikiran sempit, sengaja menutup kelemahan sistem daripada pandangan masyarakat dunia dengan menggunakan bahasa dan terminologi Greco-latin yang langsung tidak difahami oleh awam untuk pengamalan dan dokumentasi.

Melihatkan senario kewujudan penyakit iatrogenik yang semakin meningkat kini, sistem perubatan biomedikal akan mengalami kemerosotan, melainkan ia menjalani satu reformasi dan pembaharuan sikap pengamal dan sifat perubatannya. Kos rawatan yang semakin meningkat seakan menarik orang ramai untuk mencari sistem rawatan yang lebih selamat dan murah, maka sistem biomedikal akan semakin ketinggalan dan hanya menjadi satu sistem yang kolot.

Masyarakat dunia mesti dipaparkan dengan penyakit-penyakit iatrogenik ini. Kajian sistematik mengenai penyakit iatrogenik yang pertama telah dilakukan oleh Dr. Lucian L. Leape, salah seorang pengasas National Patient Safety-Foundation di Amerika Syarikat (AS). Hasil kajian beliau telah diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) pada tahun 1994.

Pada tahun 1995, sebuah laporan di dalam JAMA mengatakan lebih satu juta pesakit dimasukkan ke hospital AS setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, 280,000 orang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit iatrogenics, dan angka ini telah mengecilkan bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Angka ini sungguh memeranjatkan. Ia memberi gambaran sebenar mengenai perubatan moden bahawa, walaupun kejayaan demi kejayaan yang digembar-gemburkan menyinari dunia perubatan moden, namun kepincangannya jelas. Jika mereka terus-menerus menentang kehadiran dunia alami/rawatan alternatif/komplimentari, ditakuti mereka akan ditelan zaman apabila masyarakat mampu melihat kepincangan itu sebagai sesuatu yang tidak diperlukan lagi.


layari www.kuskom.net

Tuesday, June 15, 2010

Salam..greeting to all.



Mujurlah laman ni tak sempat bersawang...aaaaahh...kesibukan mengejarku..tp itu bukan alasan kan. Menulis tetap minatku, tapi beginilah seadanya. InsyaAllah, akan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sharing moments..
Pagi ni..16 Jun 2010..pagi tadi mendung sangat.pagi2, angin dah bertiup kencang. Tak ada lagi sepoi2 bahasa. Amaran barangkali. Huzaifah...hurm..tetap berjasa pada kami. Meluncur dengan kelajuan sederhana, singgah di klinik turunkan Ita, Hajar dan Amirah..Selamat bekerja demi Allah adik2ku..saya dan Damia, terus meluncur lagi. Semestinya bukan seperti ice skating la kan..(bestnya..). Sampai kami di makmal masing2..apa lagi...mula bekerja.

Jengah makmal, tengok sampel, uuuuuuh..sejukkkkk...-20 degree..pastu masukkan sampel dalam freeze dry machine..Tq mr anas.

Ma abah..kat rumah. Baru sampai malam tadi kat johor.sonoknya bila ada ayahbonda di sisi. Tapi, pagi ni tak jumpa lagi. Huuu.. nak balik..

Kakak..last checkup kat Perdana Maternity Centre..hurm ntah esok atau lusa nak meletup. Everybody...can't wait to our family gathering tonite.."a fiesta of gulai ayam kampung". One of listed menu to my kakak dat eat too much.

Praise to Allah, since lots of kind buddies help me.

Banyak lagi modul projek tak siap..tapi di luar kawalan kan...(pujuk diri sendiri). Mudah2an dalam masa terdekat ni, ada la sampel buah delima. Pasal method pun...waaaa masih banyak jugak yang kena study..entah la, nak bertanya. tapi, kena tengok orang jugak..Pelik jugak bila ada bijak pandai yang rimas bila diajukan banyak soalan. Manusia itu..begitu. Manusia ini...begini.Hurm...Takpelah, bertanya pada yang sudi menjawab saja la kan. Ya Allah, bantulah daku dalam memperkembangkan ilmuMu...Kurniakan keberkatan ke atas ilmuku Ya Allah..


Genius is about changing something complicated into simple!” ujar John C Maxwell

Ya..kucuba...isk3...sob3...i'm trying to be genius forthe sake of all muslims..insyaAllah..

Sedikit perkongsian, terlupa pulak sayya dengar kat mana. Tapi, kurang lebih begini bunyinya. Menulis itu..satu seni yang amat bagus jika dikembangkan, jika untuk dakwah, jika dalam landasan syariatullah. Tapi, berhati2lah ketika menulis. Jangan sampai mengaibkan orang lain kerna dosanya amatlah berganda2. Bayangkan, jika kita hanya bercakap secara berdepan dengan seseorang individu, dosanya hanya antara pihak itu.. Tapi, jika di jalr lebar, waahhh sape2 je baca. sape2 je dah boleh sebarkan maklumat tu..MORALNYA: Marilah kita sama2 mengambil pengajaran dan bermuhasabah diri sentiasa.

Petikan tagline dari ustaz hasrizal:

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi menyuluh jalan kembara insan mencari TUHAN! - Abu Saif


hananwirda
CEPP UTM Skudai
16/6/2010
11.20am

Tuesday, June 1, 2010

Pencarian buah delima


Masih mencari dan mencari....huhu..di manakah gerangan tuan kebun buah delima?Sejak dua menjak ni, resah la jugak kadang2 bila teringat tak jumpa sampel buah tu. Sampai dah taktau nak cari kat mana lagi. Moga ada rezekiku suatu hari nanti..Sabar itu indah..(^^,)

Alhamdulillah, setelah suatu selang masa, Allah temukan dengan sampel jus delima yang menepati kriteria sebagai sampel projek. Tapi, masih risau sb tak dapat confirmation dr prof lagi untuk tukar jenis sampel. Bz nya seorang prof, setiap minggu menjelajah ke seantero dunia. Berangan pulak mcm mana suatu hari nanti bila saya diberi peluang jadi prof? Hee,...susah betul kalau dah berangan. Tapi, kalau bercita2 untuk mencari ilmu di dunia yang berbeza, apa salahnya kan. Luas ilmu..mudah2an..Ameen..

Cabaran menuntut ilmu itu hebat. Mana tidaknya, dalam dunia yang semakin jauh dari matlamat hidup sebenar kini, ilmu itu mampu bermanfaat dan tidak mustahil merosakkan para cerdik pandai. "Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati". Kelangsungan dari kata2 itu, kita sebagai hamba haruslah sentiasa mengingati mati dalam apa jua keadaan. Hatta, pengharapan terhadap cahaya hidayah Allah sewaktu mencari ilmu itu amatlah solid dan teguh, kerna dari situlah kita akan sentiasa mengingatkan diri bahawa ilmu yang bersuluhkan hidayah Pencipta itu yng menjadi natijah redha Allah dan seterusnya balasan amal yang syumul di akhirat kelak. Betapa pusingan keseimbangan islam sebagai cara hidup yang benar2 menjaga kemaslahatan umatnya.

Wahai saudara,

Jabal r.a bertanya kepada Rasulullah apakah itu hidayah?

Maka, jawab baginda, hidayah itu apabila dicampakkan ke dalam hati, maka lapanglah jiwanya.
MasyaAllah, moga kita semua dalam golongan hamba yang mendapat hidayah.

Hidayah apabila mendakap ilmu Allah
Hidayah apabila diuji dengan kerenah manusia
Hidayah apabila diri dibebani tugas seharian
Hidayah apabila diuji dengan kesakitan
Hidayah apabila terasa diri kealpaan


Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu
yang tidak bermanfaat, hati yangtidak khusyuk, doa yang
tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang
tidak di naikkan (diterima).