Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Friday, May 28, 2010

Menjadi Diriku vs Pelangi Malam

Menjadi Diriku
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Dah lama tak dengar lagu ni. Selak2 dalam koleksi lagu yang tak seberapa dalam "Hananwirda - my cutie laptop", jumpa plak lagu yang sesuai untuk situasi diri sekarang. Hari2 mencemaskan tatkala saya menghitung hari untuk memulakan eksperimen. Semangat turun naik memaksa saya mencari sebanyak mana alternatif untuk menghomeostasiskan keadaan diri. Hee..homeostasis means the balance condition inside our body, but then could be treated outside our body = environments. Sekali lagi dalam tempoh tu, terjumpa satu lagu yang dah lama nak cari. Sewaktu balik dari kursus beberaa minggu lepas, terdetik nak cari jugak lagu ni:

Tangisan Rindu

Album :
Munsyid : Wildan
http://liriknasyid.com


^Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikalainsan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga^

Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam

*Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahucinta kuterbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati*
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentai rasa cintaku
citra rindudan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

#Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu.#

Allahumma anta robbi
Zolam tu naf-si
Wa-ilam -ta'fiq-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-ko-si-rin

Allahummaantarobbi
a-an-ni-ni-ala -
Zikrika-Was-syu'rika
wa-husni-min-iba-datik

Allahumma antarobbi
tah-tim-ni-ya Allah
hus-hus ni ko-ti-mah
wa-la tah-tim-alaiya


Allahumma antarobbi
ta-qab-bal min-ni doa-in-ni
innaka-antas-samiul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH in-naka
antas-samiul a'lim


Relatifnya tagline pelangi malam dengan lagu ni membuatkan diri terkenang, termenung. Hakikatnya, saya selesa menjadi pelangi malam. Pelangi itu indah, tapi di kala malam siapa saja pelangi itu pada mata yang melihat. Itulah diriku barangkali. Indah dalam bayangan sendiri,kerna diri ini hanya hamba yang mendamba secebis kasih dari Allah yang murni. Indah pada bayangan Allah itu adalah satu dambaan, namu indah bagi pandangan manusia maya adalah nikmat yang sementara. Ya Allah betapa Ikhlasnya kasih sayangMu...

The condition of people in the lab; sometimes full with proton (+ve charge),sometimes being attacked by electron (-ve charge) and even being crashed by active free radicals (radiasi bebas); made me sick..i'm longing to be in the beautie cave, nobody could see me, nobody could treat me as i do not know nothing'. Yeah, it's only my childish thought, but frankly, i'm still wondering,, someday, they'll know that i can make it. i'll learn as much as i can, not for showing to them dat i'm not as they expected, but to prove to myself,i want to cheerish my track of gaining knowledge. Ya Allah the Almighty, give me the chance...




Ya Allah, izinkan daku berjihad mencari ilmuMu
Ya Allah, lindungi daku dari putus asa
Ya Allah, moga dengan ilmu ini daku semakin dekat dengan diriMU
Ya Allah, moga dengan ilmu ini daku mampu menegakkan agamaMu

Ya Allah, sabarkan daku menghadapi mehnahMu
Ya Allah, tabahkan daku merentasi kehidupan dunia, kerenah manusia yang menguji

Moga aku terus thabat di jalanMu...
Ameen..

Thanks a million for my beloved mum
You're the greatest ever
You give me strength, you give me everything
Luv u so much..miz u..and all sorts aof luv for u.

Regards to my greatest friends
Thanks for lending ur eyes, ur ears, ur everything
To let me noe
dat friendship is not simply described by words

Dear Allah,
Alhamdulillah

Muhasabah diriku
28 may 2010
RKI









Thursday, May 20, 2010

Kesusasteraan Hidup

Jam sudah menunjukkan ke angka 8 pagi. Sejuk mata hati nengokkan si kecil hani yang masih lena.Mimpi apa agaknya beliau ...Kesian pulak kat tv yang sedia terpasang sejak subuh tadi. Tv tu pulak yang tengok kitorang. Tak elok ya untuk diamalkan, banyak gelombang tak elok..hee...insyaAllah lain kali tak buat lagi.

Dah lama tak tengok tv pagi. Hari ni sempat jugak dengar celoteh wardina dan fedtri kat program MHI. Kadang2 pengisian program rencana macam ni boleh buka minda jugak di pagi hari. Tapi, satu pesanan dari fedtri di hujung rancangan benar2 membuatkan saya berfikir. Seakan beliau tahu apa yang saya lalui sekarang. Begitulah naluri manusia. Maha Suci Allah dan Maha Pengasih Pencipta itu tatkala menyalurkan ilham itu melalui hambanya, untuk disampaikan kepada hambaNya yang lain.

Kata pujangga hari ini..

" Sepohon pokok, apabila dicantas dahannya, makin merimbunlah akhirnya ia berkembangbiak. Bagaikan ada zat baru untuk tumbuh kembali. Begitu juga manusia. Walau dicantas berkali2, kesannya bukan menjadikan dia tumbang, tetapi makin bersemangat untuk memperkembangkan potensi diri."

Itulah sastera kehidupan. Teringat kata2 seorang ustazah ketika Seminar Bait Muslim 2 bulan lepas, perjuangan untuk menegakkan agama di bumi Allah ini memang tidak dihamparkan dengan permaidani merah yang dijulang atau dipandang oleh manusia akhir zaman kini. Malah golongan minoriti inilah yang akan ditekan2 oleh si pendusta agama sehinggakan makanan pada akhir zaman bukan lagi nasi himpit mahupun burger yang sedap, tapi butir2 zikir yang penuh keinsafan. Meratap pada Si Pencipta.

Rasa kesian jugak bila teringatkan pada sahabat2 seperjuangan ketika ini dan sebelumnya yang setia bersama tatkala diri diuji dengan nikmat sakit. Ya, saya sering diuji dengan nikmat itu. Tapi, tak tahulah sejauh mana diri ini bersyukur. Mohon ampun atas khilafku Ya Allah...Lucu pun ada bila ada beberapa orang yang berkata: "Awak ni macam orang tua la, sakit situ sakit sini. "; awak ni sakit ape pulak hari ni, biasanya awak kan sakit macam2 patah gigi la, sakit perut la.."; Hee...sya tahu kata2 itu ahir dari hati untuk menceriakan, bukan merendahkan semangat saya.

Justeru, penglibatan saya dalam dunia perubatan komplimentari merupakan satu langkah awal untuk saya mendekati masyarakat. Menyedarkan masyarakat bahawa sakit itu hakikatnya nikmat yang perlu disyukuri. Pada masa yang sama, usaha ke arah penyembuhan itu mestilah selari dengan kehendak syariat. Seperti kata ustaz hasrizal melalui blog beliau (saifulislam.com), alternatif kepada menganggur bukan menjadi seorang perompak. Bunyi seperti ekstrim. Tapi jika diteliti, ada relevannya. Usaha yang bersungguh2 dengan jalan yang sahih dan thiqah, insyaAllah Allah akan buka jalan bagi kita. Jika tidak sekarang, mungkin di akhirat kelak. Rawatan tidak semestinya mahal dan hebat namanya disebut2. Rawatan bukan bersandarkan pada ubat semata2. Rawatan tak semestinya melalui seorang doktor yang sangat hebat. Tapi, walau macam mana rawatan sekalipun yang kita ambil, sandarkanlah ia pada kebesaran Pencipta. Dialah yang berkuasa mendatangkan hasilnya, bukan kita yang menentukannya mengikut kehendak diri. Itulah yang menjadi asas kepada penubuhan Pusat Komplimentari Insaniah. Usaha sebahagian golongan hamba Allah yang masih kerdil untuk mengumpulkan masyarakat kepada suatu perubatan alternatif menurut perspektif Islam. (www.kuskom.net).

Penstrukturan sistem organisasi yang melibatkan 3 intrumen utama iaitu Bahagian Rawatan dan Farmasi, Bahagian Latihan dan Perundingan dan juga Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, diharap mampu mencorak satu dimensi baru di celah masyarakat kini yang semakin bergantung harap yang tinggi pada doktor atau ubat yang hebat, bukan kepada si Pencipta yang Hak. Penyediaan rawatan berasaskan kaedah Diagnosis Aplikasi Tangan Kanan yang melibatkan tindakbalas bioelektrik dalam sistem tubuh mungkin masih baru bagi sebahagian masyarakat. Tapi, itulah salah satu rawatan secara natural yang tidak melibatkan kecederaan tubuh badan seperti suntikan atau sebagainya. Aplikasi ini sebenarnya berpelengkap dengan rawatan konvensional semasa, di mana pesakit yang menerima rawatan doktor perubatan semasa, masih boleh meneruskan rawatan dan pada masa yang sama mengaplikasikan rawatan alternatif ini sebagai komplimen atau pasangan.

Melalui Bahagian Latihan dan Perundingan, pusat rawatan ini bergiat aktif untuk lebih mendekati masyarakat. Pelbagai Kursus Asas, Kursus Lanjutan, Kursus Pembangunan Diri dan Kursus Perawatan Profesional juga dianjurkan dengan bayaran yang berpatutan. Tak ketinggalan, Seminar Gaya Hidup Sihat Menurut Perspektif Islam turut berlangsung di kebanyakan tempat di sekitar Johor (buat masa kini). Mana2 organisasi yang berminat boleh menjemput pihak pengurusan yang terlibat. InsyaAllah, apabila kita menghadiri majlis ilmu dan berusaha untuk mewujudkan majlis ilmu, malaikat2 di langit akan turut mendoakan kita. InsyaAllah, apa saja yang termampu utuk kumpul merit kat dunia ni, selagi masih berlandaskan syariat, moga2 kita semua terus thabat dalam perjuangan.

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan lebih memfokuskan ke arah formulasi produk yang diharapkan dapat menjadi pengganti kepada makanan hari ini yang banyak mendatangkan mudharat, berbanding khasiat. Bahan2 asas seperti madu, kristal garam bukit, air zamzam, delima, madu, za'faran, habbatus sauda, susu kambing dan pelbagai produk aromaterapi yang diformulasi bersama minyak zaitun menjadi prospek untuk lebih dekat di hati masyarakat. Matlamat utama pengurusan bukan semata2 ke arah penghasilan keuntungan yang berlipatganda tanpa melihat kepada faedah produk tersebut kepada pengguna. Pengedaran produk bukan secara pasaran bebas, tetapi melaui kelas2 dan kursus2 yang dianjurkan. Penjualan bukan semata2 nak habiskan stok, tapi menyebarkan ilmu kepada pengguna terlebih dahulu dan terserahlah kepada pengguna untuk memilih. Sekurang2nya, pengguna menggunakan produk setelah memahami baik buruk dan cara guna yang selari dengan keperluan semasa. "Sale by knowledge, not the sale just upon to clearance stock.InsyaAllah..moga kefahaman itu sampai ke lubuk hati masyarakat.

Wahai orang2 mukmin, masih ingatkah perjuangan kekasih Allah pada sutu ketika dulu?
Ayuh, kita bangkit bersama2 walaupun dengan usaha yang sekecil semut di dalam sebekas air, tapi hasilnya barangkali seperti jerung di lautan. Mencari redha Allahlah yang utama dalam apa jua tindakan. Carilah dahan yang teguh untuk berpaut tatkala diri kita diuji. Diuji dengan kesakitan, itulah nikmat. Tapi, sejauh mana kita bersyukur, wallahu'alam.

"Barokallahufik"

Hananwirda






Wednesday, May 5, 2010

IHSAN ITU LUAS

Jam sudah menunjukkan hampir ke jam 7 malam. Berhenti seketika untuk melepaskan lelah seusai menjengah kerja2 saya yang seakan tiada penghujung.Rindunya untuk coret sedikit cebisan di ruangan ni.kalau bukan untuk tatapan peribadi pun, sekurang2nya ada isi yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain..insyaAllah.

Teringat suatu scene yang nampak macam simple, tapi mampu membuatkan otak saya bergiat aktif berfikir. Hani, anak saudara saya berumur 3 tahun bersama kucing setinggan yang singgah2 di depan klinik kami. Entah kenapa sebelum ni, kalau hani nampak je kucing mesti kucing tu akan dapat sakit.takpun, dia akan apa2kan jgak la kiranya kucing tu. Tapi, malam tu, suatu ketidakadilan berlaku pada kucing tersebut. Terus hani bersungguh2 membela nasib kucing tu. Selamatkan dia dari dilukai, sekaligus menasihatkan saya yang terlopong menyaksikan betapa ada sesuatu yang perlu saya pelajari..ya..sikap IHSAN.IHSAn terhadap binatang. Bersungguh2 hani nasihatkan saya supaya jangan sakitkan kucing tu, ksian dia.dan kata2 len lagi yang membela nasib kucing tu. Bukan untuk membanggakan anak buah saya sendiri, tapi begitu kagum dengan kekuasaan Allah.. Betapa anak sekecil itu dikurniakan akal untuk bertindak, berihsan terhadap makhluk lain, berakhlak mulia sesama makhluk. Ya, anak kecil tu sudah mengajar saya sesuatu.

Itu pada suatu ketika. Pernah saya terbaca dalam satu buku silibus usrah 2010. Tentang akhlak seorag daie. Ihsan itu luas. Salah satu cabang ihsan ialah ihsan melayani kerenah manusia. Sabar dalam mendepani kerenah manusia sekeliling tak kiralah dalam urusan dakwah ataupun common routine, sudah dikira sebagai ihsan. Sejauh mana kita sabar apabila dihujani dengan fitnah, sekuat mana kita mempertahankan keimanan kita tatkala ditohmah, dicaci, diumpat oleh mereka yang tidak sealiran dengan kita.

Bunyinya terlalu mudah, kalau disusuni dengan ayat. Praktikalnya?Hanya diri kita sendiri mampu menjawab. Jika sesuatu itu disandarkan semata-mata untuk mendapat redha Allah dan akhiratlah sesuatu yang pasti kita kejar, insyaAllah, mudah2an kita thabat untuk mempertahankan iman, bersabar atas ujian fitnah dunia ni. Tak disangka2, ujian itu datang. Sebagai penguji barangkali. Di masa ini, saya diuji. Diuji untuk sejauh mana saya mampu bersifat ihsan itu setelah Allah dah tatapkan pada diri apa pengajaran sebelum ini.

Kuatkah kita tatkala pada suatu msa, nama kita diburuk2kan kepada masyarakat oleh individu yang bertindak atas dasar salah faham. Wajarkah salah faham itu diperpanjangkan semata2 untuk kesenangan dunia, sedangkan akhirat juga yang lebih penting untuk kita tuju? Ya Allah, terkadang sebagai insan yang lemah, saya buntu. Apa lagi yang lebih penting tatkala ini, adalah kepentingan teguhnya ummat ini. Tapi jika akarnya rapuh, belum tentu tunasnya kan berkembang menjadi pucuk. Itulah hakikat. realiti manusia kini.

Ya Allah, aku mohon diteguhkan hati, dikuatkan semangat. Sekalipun pengalaman persahabatan yang pahit suatu ketika dlu berulang lagi, bantulah hambaMu ini untuk bertahan. Bertahan biarkpun manusia itu terus2 mencaci, terus2 menyebarkan perkhabaran tentangku. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.Kumohon kasih sayangMu Ya Allah..

17 April 1987

Sudah seminggu berlalu.Genap 23 tahun nafas ini dipinjamkan di dunia pinjaman Allah yang Agung. Betapa dalam usia yang sesingkat ini, entah bagaimana nilai amalanku. Bagaimana hasilnya jika ditolak tambah didarab dibahagi dengan dosa yang tak pernah lekang. Moga dalam hari- hari yang mendatang, kita semua diberi peluang untuk terus muhasabah. Moga kami digolongkan dalam golongan hamba yang selalu mensyukuri nikmatMu.

Perkongsian saya kali ini khas untuk berkongsi rasa tatkala usia sudah mencapai ulang tahunnya. Bersederhana, insyaAllah itu yang cuba saya lakukan. Jika dahulu, sejak kecil, hari lahir saya pasti disambut. tak kira macam manapun, sekurang-kuranya sebiji kek. Dulu, ma dan abah sanggup naik motor ke bandar semata- mata beli kek. Ataupun, ada abang yang akan belikan..(paksarela...). Kalau takpun, cikgu tolong raikan dengan kawan2 sekelas. Yang paling takleh lupa, kenangan masak kek hari jadi sendiri pada usia 18 tahun. Ingat lagi, kek coklat masa tuh.Hee..itulah kek yang pertama dan terakhir yang jadi..pastu dah pencen.Taktau la bila nak mula lagi..Life kat U, mula la dah pandai celebrate bersama kawan2 sendiri. Alhamdulillah, sedikit sebanyak kenangan itu masih ada dalam memori database.

Sehinggalah ulang tahun yang terbaru ni, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Terlalu banyak dosa saya, sedangkan terlalu sedikit saya bersyur..nauzubillah. Post kali , ni, saya share gambar hadiah bagi umur 23 tahun. tak bermakna saya saya hanya hargai sahabat2 yang bagi present je, bahkan saya amat menghargai atas doa2 dan ucapan2 kalian tak kiralah dalam diam atau nyata. Sekadar perkongsian, sedikit petikan kata2 ustaz syukri menerusi ceramah INDAHNYA PERSAHABATAN ( hadiah dari aini pada suatu masa dulu...tq), apabila seorang sahabat mendoakan sahabatnya yang lain sama ada diketahui atau tanpa diketahui sahabatnya itu, maka malaikat akan turut mendoakan ke atasnya seperti yang didoakan..Ameen.

Sahabat2 RKI : Mya, Ita, Mira, KAk Ema
Dan istimewa..Kak Su dan abe Se
Mashih...




Sahabatku : MYa Narra
Mashih myot...



Kotak yang Berat...
Kusangka tembikai..rupanya batubata yang bersalut kertas..
Papepun, cantik kotaknya....



Mashih ...
Kek yang sedap..





Special thanks to adik2 RKI :Ita & Humairak
Kesian, korang bersengkang mata wat bintang untuk akak..sob3..
Nanti kalo akak kaya nanti, akak bawak gi angkasa plak k.



Haa...lagi satu surprise
Mashih..sahabat2 Usrah
Thanks to the krew: Mya, Kak Lin, Khairiah and others
Uhibbukifillah..
Nway, hepi besday to Kak Banat too..we share @ we care




Papepun, terima kasih banyak2 buat ma dan abah sebab dah besarkan saya sampai macam sekarang ni. walaupun berat dah makin susut je, Alhamdulillah masih bertahan pada tahap kesihatan yang sederhana dan itu mudah2an masih tak melalaikan diri daripada mengingati Sang Pencipta..

Ingatlah juga bahawa pada tarikh ini juga Dr Abdul Aziz Ar- Rantisi, salah seorang pemimpin Hamas telah dibunuh. Mudah2an dalam kekalutan kita mengharungi kesibukan dunia kini, masih berbaki sisa perjuangan untuk berbakti kepada agama Allah. Sekali kita berbuat kebajikan kepada agamaNya, nescaya akan Allah gandakan balasanNya dalam kadar yang tidak disangka2..

Hananwirda

Di mana bumi dipijak, di situ syariat dijunjung

Mengulang sebut frasa di atas seakan menggetarkan jiwa yang lemah ini.sejauh manakah syariay kita junjung selama ini? adakah kita umpama "melukut di tepi gantang?ada atau tiada sama saja,tidak memberi kesan mahupun manfaat pada sesiapa.nauzubillah..

Seketika pandangan saya begitu terpegun tatkala berkunjung ke beberapa buah sekolah agama sekitar johor dalam bulan mac yang lalu. Alhamdulillah, mereka sungguh bertuah kerana sejak remaja dah ada peluang jejakkan kaki ke dunia madrasah yang penuh islami. terpampang di papan2 kenyataan, banyak artikel yang mampu menjadi peringatan dan ruang muhasabah buat diri sendiri.Sedikit frasa ayat yang terkandung dalam Majalah Solusi ISU NO 17,

"Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. koreksi satu persatu kesalahan kita. setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri sendiri."

Begitulah bahawasanya diri kita sendiri pun kita kena dikasihankan.apatah lagi terhadap sesama saudara seagama kita, di mana suatu hari nanti di Yaumul Mahsyar, sekurang2nya timbangan kita memberat ke kanan didokong oleh sifat ehsannya kita sesama sendiri. InsyaAllah..

Teringat saya pada seorang sahabat yang pernah saya kenali kurang lebih 3 tahun dahulu. Seakan kurang percaya kami akan jadi sahabat sehingga kini. namun, lantaran kegawatan, kekalutan masa yang menghambat, kami semakin jarang berhubung. sesekali bertanya khabar, seakan seribu perkara mahu diluahkan.tp seperti biasa, kami akan kehilangan kata dek terharu diberi peluang untuk berbual wpun seketika.

Kini, sahabat saya menderita. sebolehnya, saya takmahu menyebut dengan kata derita, kerana itu hakikatnya ujian dari Allah. Luluh hati bila mendengarkan luahan hatinya,yang bukan mengeluh sebenarnya.tp masih bersemangat tatkala menghidapi sakit yang tidak tahu puncanya, yang masih tidak kenal penawarnya. menyalahkan manusia semata2 atas perkara yang berlaku bukanlah penyelesaian. lantas, doa yang kudus, harapan yang telus, saya panjatkan kepada Allah, Sang Pencipta yang Maha Pengasih,moga2 imannya diperteguh, amalnya ditingkatkan, sabarnya menebal. Diturunkan ujian itu berbeza2 atas kemampuannya. Dan apa yang pasti, Allah itu tidak zalim malah Maha Adil pada hambaNya kerana Dialah yang Mengetahui segalanya..Barokallahufik ya ukhti.

Kehidupan ini penuh dengan duri syahwat, duri maksiat, duri angan2 kosong, duri keraguan dan duri kejahilan. andai tak siapkan diri untuk melangkah penuh waspada, duri2 itu akan menembusi langkah kita. bersiap dengan kewaspadaan itulah ibaratnya taqwa.Riwayat yang sahih mengisahkan bahawa Umar al Khattab r.a. pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa. Ubai menjawab dengan analogi yang sungguh berkesan.
"Bukankah anda pernah melalui jalan yang berduri?". tanya Ubai kembali.
"Ya". Jawab Umar.
"Apa yang anda lakukan saat itu?"tanya Ubai lagi.
"Saya bersiap untuk berjalan hati2."
"Itulah taqwa." Simpul Ubai.
Jadi, marilah kita sama2 menghayati sifat taqwa dalam diri, moga kelemahan kita dapat ditampung oleh amal dan iman yang semakin efektif. InsyaAllah..

** Selami Gaya Hidup Sihat, Amalan dan Perawatan Pusat Komplimentari Insaniah
www.kuskom.net

Mukhaiyyam Khariji

Bismilillahirrahmanirrahim..

hurm..cam serius je kan bunyinya bila baca title kat atas.hee...sedikit titipan perkongsian sekitar program mukhaiyam khariji wanita ISMA zon selatan di Hutan Lipur Gunung Datuk, N9.

Program 2 hari ini mengambil tema "ukhwahfillah". Memang bersesuaian kerana mukhaiyam diadakan sekali setahun.jadi pertemuan antara peserta dari negeri johor,melaka dan n9 ini adalah titik peluang untuk berukhwah.

Imam HasanAl Banna berpesan,

Persaudaraan yang saya maksudkan ialah:

Hati - hati dan roh2 dihubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar).

Saudara yang jujur akan merasakan saudara2nya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud;" dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain". (at-taubah:71)..

Begitulah antara sedikit sebanyak point yang mjadi pokok pengisian program tu. teringat komen salah sorang pserta. kata beliau,ramai dari kita komen yang terasa ukhwah itu indah bila kita sandarkan pada iman dan takwa, walaupun baru berkenalan hanya seketika. tp, realiti dunia hari ini belum tentu akan terasa nikmat ukhwah itu. terasa seperti plastik atau penipuan semata- mata. secara teorinya, mungkin itu luahan dari seseorang yang pernah kecewa dalam menjalinkan ukhwah.

InsyaAllah,jika diniliai dan diambil pengajaran dari sudut positifnya, hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu membaca hati manusia yang lain. Setelah seikhlas hati kita cuba bersahabat, bertawakalllah kepadaAllah moga persahabatan ni ditelusi dengan sebenar iman dan takwa,bercita2 untukberada dalam kebersamaan dalam menegakkan agama Allah dan mencapai redhaNya.

Justeru, sama2lah kita memilih sahabat2 yang mampu mengingatkan tatkala kita alpa, mampu menemani dikala suka dan duka.Mampu mengukir sebuah memori ukhwah yang akan menjadi bukti bahawa kita pernah berukhwah di dunia, dan bertemu di syurga kembali kerana pernah berkasih sayang sesama mukmin.

mahabbah wa rahmah ila mardhotillah...insyaAllah

Hananwirda
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM Skudai
2.03pm

Jejak silam

Jejak silam..
Mengimbau sekitar masa kecil dahulu, seakan kurang percaya bahawa saya kini sudh di umur awal 20-an. masa berlalu tanpa disedari dan saya kini sudah berada diperingkat yang tak pernah difikirkan suatu masa dulu.

dulu..
ingatkan bila dah umur awal 23 ni, dah besar sangat, dah betul- betul seorang dewasa yang hebat.dah boleh punya aset yang blabla....tp tatkala usia sendiri menjangkau umur 23 (lagi sebulan), tak terasa pula diri ini sudah benar- benar dewasa. tak rasa yang diri sudah cukup matang, sudah mencapai tahap yang sepatutnya n etc.sekilas teringat kata- kata kakak ipar no 4. (kak ni), ye la, awak tu anak bongsu. orang len anak sulung, anak tengah. banyak tanggungjawab kena pk. pada keluarga, pada adik-adik, pada diri sendiri lagi. hurm..mungkin boleh dari satu sudut benarnya..secara teorinya, mungkin boleh diterima akal.

Secara praktikalnya, tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah ni sebenarnya perlu dijustifikasi secara telus oleh semua orang. saya juga punya tanggungjawab berat dari sudut perspektif yang berbeza.

Seusai pengajian di peringkat ijazah pertama dulu, saya sebenarnya masih belum yakin adakah diri mampu untuk berada di peringkat pengajian yang seterusnya seperti sekarang. merasakan diri belum cukup ilmunya, saya kuatkan semangat. kembara ilmu ini perlu diteruskan. kalu bukan saya, siapa lagi. kalu bukan sekarang, bila lagi. antara mampu dan tidak mampu, suatu yang subjektif.

YA Rabb Yang Maha Agung..kiranya layak bagiku mendamba ilmuMu, kurniakanlah kemudahan bagiku, kelapangan dadaku, petunjuk dan bimbingan dalam setiap tindakanku...Ameen

Bekerja dan belajar pada masa yang sama menuntut satu pengorbanan dan keseimbangan penilaian bagi akal dan emosi. tatkalan rimbunan kerja mengumpul pada satu- satu masa, subhanallah hati diuji dengan bisikan- bisikan yang melemahkan semangat, melonglaikan urat- urat saraf.

tapi, tanggungjawab untuk mencari ilmu itu lebih besar tuntutannya, apatah lagi dengan ilmu itu mudah2an kita dapat mencari rezeki yang berkat dan kehidupan yang dipandu dengan rahmat dan kasih sayang Allah..saya mengaku, kadang2 sebagai hamba saya tewas dengan dugaan seperti ini. namun, mudah2an Allah bagi kekuatan bagi kita semua. kerana itulah orang mukmin itu sangat bertuah. ada Allah sebagai Rabbul Izzati, ada Rasul sebagai ikutan, ada kitab yang membimbing, ada saudara seagama yang berpesan2 pada kebenaran.

Jika suatu masa dahulu, kembara ilmu mengisi perjalanan para ulama',para saintis islam terawal, mengapa tidak kita sambung perjuangan ni. Bak kata abang saya no 4 (abe se), kalau nak master semata2, nanti akan dapat jugak master tuh. tp kalau nak ilmu itu yang sebenarnya, nescaya kita kan dapat ilmu (roh) dan master(jasad) nya sekali.

Kembara ilmuku ...

Diari sufi

salam 'alaik..

setelah sekian lama blog ini bersawang, alhamdulillah masih ada peluang untuk bersihkannya hari ini ..hee

dairi sufi..menyelusuri seketika novel yang amat saya kagumi.walaupun tak habis baca lg..seakan saya memahami selok-beok isi hati si penulis. waa..membayangkan suatu hari nanti ada novel terbaru yang penulisnya tidak lain tidak bukan..siti....hurm..itulah salah satu impianku yang masih belum terlihat pucuk atau bayangnya..mudah2an ada rezeki suatu hari ananti.

terdetik hati saya tadi tatkala membaca cebisan luahan hati di blog kakak ipar yang bongsu.u'r gud in writing sis. sehinggakan tanpa disedari terbit butir- butir jernih di bening mata. membayangkan kehidupan anak-anak kecil yang kehilangan papa mereka dalam keadaan belum sempat memohon maaf, apalagi mengajarnya untuk mengucap di saat nafas di hujung nyawa. alhamdulillah, saya masih ada abah, ada ma. ada adik- beradik, kakak ipar dan 18 anak buah yang sudah cukup membuatkan saya bertuah. begitulah takdir yang telah Allah tetapkan bagi setiap hambanya. diturunkan ujian berkadaran dengan keupayaannya. semoga Allah mengurniakan ketbahan dan petunjuk bagi hambaNya yang duji.

ingatan bersama..
diturunkan ujian oleh Allah buat hambaNya bukan untuk dizalimi, tapi hakikatnya untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat hambaNya itu di sisi yang Maha Esa. Betapa agung kasih sayang Allah. di saat amal menipis, di kala dosa menebal, iman sudah di peringkat infiniti sehinggakan sekira dicampurtolak secara matematiknya, dosa dan amal, sudah mencapai tahap negatif bagi hasilnya. mujurlaah ujian itu datang, menjadi agen pembersih yang abstrak, hanya bagi hamba yang benar- benar mengerti.


Tinta sufi
hananwirda

Paradise of luv

Rasanya dah agak lama tak coret2 kat sini..Almaklumlah praktikal pun sudah semakin sampai ke penghujungnya.Banyak plak keje2 saya kadang2 kat ofis.Dah lama saya nak share something about "ONE LITRE OF TEARS".

mungkin saya boleh dikategorikan sbg agak ketinggalan sb mungkin dah ramai yang dah tgk citer ni.Every part shows something about life.Something that could not be learnt without facing it. Life full with love and care,hard core season and special feeling deep in the heart.

This drama is about a girl who was diagnosed with a disease called Spinocerebellar Degeneration when she was 15 years old, and was able to continue her life until her death at the age of 25 years old.The plot is based on the true story of a Japanese girl named Kito Aya, who had the same disease. She kept writing in her diary to remember her experiences until she could no longer hold a pen. Aya simply wished to live until the end of her life, and the purpose of writing in the diary was to remind herself to not give up. She shed tears many times, at the same time encompassed by the rich love and support from her family, friends, and boyfriend. Her diary “1 Litre of Tears” was published after her death, because of its inspiring and courageous message of, “Just being alive is such a lovely and wonderful thing.” So far, over 18,000,000 copies of her diary have been sold.This drama features Sawajiri Erika, Nishikido Ryou, Narumi Riko, Yakushimaru Hiroko, Jinnai Takanori and Fujiki Naohito. Sawajiri Erika has powerfully brought out the character of Aya, and people who watch this dorama will feel compassion for her while she suffers from the illness.









Walaupun sekadar cerita, tapi sangat menyentuh hati.Ambil pengajaran sewajarnya.Sebagai muslim,ingatan untuk diri saya jgk, insafi diri, tingkatkan amal.Mudah2an jika kita antara orang yang terpilih mendapat ujian ini, kita akan menjadi setabah Aya jgk.

GAmbate kodasai..

A lady..

i copied & pasted this hehe
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letihla..dah lewat ni, i nak tido lah….”Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulaklipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalamsink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masaktadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malamanaknak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementaratunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin lagula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik adelagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh lakejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dahni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tvlagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapuruam…pampers4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…oksettle…ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume6poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yangtertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hanginje…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…manaflyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nantilupa..ok settle…Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata naktido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis laktu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatmentcream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..checkbaju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemutdah..ishhh …g dapur,basuh, sambung gosok baju…gantungelok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotordalam tempat kotor…ok settle..dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk kebilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari taksiram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grillpun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompakumah aku…bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyaknya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel nikejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempersni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hbni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tghmalam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweetdreams…aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus akunih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkanprogram kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkanmata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohonkeberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuksangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola puntakde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agakdah….So?….apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAKKENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi keranamemahami mereka…well, women understand women better…foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dankawan2dengan lebih baik lagi…Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalahistemewa dengan cara mereka sendiri…Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailahmereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…apa pendapat anda?

kembaraku..

"I have just realized that in this life there are so many ways to accomplish so many things. And life is nothing near stereotyping. " - Sis MAryamalBatul..Sori sis I luv this phrase..i copied from urs.
Just cont'..

Today was such a gud day..very gud.how happy i am to hv a present..uwee..kak YAm...u r so sweet.Now was my 8th week to be in FRIM, filling my internship with joy n soul. Nice to say dat i'm happy to be here day after day.Feeling like i'm the youngest here, i'm the lil gold here, and seems like i'm almost everything here(heehee..bkn riak ye)..but to show dat i'm really thanked God for giving me dis chance.but, dont noe how come i still counting the days when will it over..7 weeks more.how long is it?how will i become after dis?finish my degree,no more hard core study( for this while)..no classes...hurm..miz my hometown vey much.ma n abah..wait for me ya..i'll be there soon!

Just wanna add some more...

After Spm, thinking of Uni,then having a hard tension precious moment during studying,now is the time for me to think 'bout my future.what will i become soon?some sorts of list keep rushing in mind..then till i became jammed..hahah..seems like weird sometimes.i do intend to be a kindergarden teacher,tuition teacher,part-time job as well as relax with the presence of my ma n abah.Then, i wish to further my study in master degree..if i hv the chance..DO I?Aaaaahhhh..i wanna do everything.
Reading blogs of others made me feel like being inspired,being dreaming of something that i wish to have,i hope to be and i can make it.I luv to write, but sometimes i rather dont noe how to express my feeling..ahaks..quite sentimental maybe.i luv to read my 5th sis -in-law blog : ija.k4ml.com,knowing about her story,my bro n of cos fathi will be the main point.abg kamal's blog : k4ml.com..huh..sory to say my bro..dat u'r such a scheme one!i'm looking for some words dat i can understand, but everything is all about computer,program,coding..n blabla.how do i noe dis?luckily to c dat u hv another blog dat really touching my heart..deep inside..dont noe b4 dis how smtimes u'r gud in story telling..eheh..uppss!u remind me dat how thanked Allah we are to hv such a precious bonding of siblings.luv u guys..really luv..i really wish to Allah dat our bond will be protected, blessed n never being destroyed.









Usrati Jannati




Tinta kedua..
Alhamdulillah, syukur dirafakkan pada Allah swt masih mampu berada di sini..Hari ni nak share ckit pasal fmily. Saya lahir dalam lingkungan adikberadik yg sgt agak ramai..7 org sumenye. 5 abg n sorg kakak..MA n ABAH saya sgt istimewa bg saya. Walaupun kami dari keluarga yg bukan senang, tp berkat usaha parents n adikberadik saya, kami mampu berada di tahap sekarang.Bukan terlalu senang, tapi sederhana dalam erti kata keutuhan adik beradik n kecintaan kami pada fmily masih sama, malah kadang2 sgt diluar jangkaan.Bertambah pulak dgn 5 org kakak ipar n 18 org anak buah (setakat ni), makin besarlah keluarga kami.Seperti biasa, bukannya mahu mendabik dada, dakulah si bongsu penghibur duka dan lara..ahaks..Pengiktirafan individu plak..tak kesah la. Moral of the story, luv my fmily so much.
Teringat di masa kecil, saya di bawah jagaan ma n abah.Tatkala ofis hour bg ma n abah saya untuk menoreh,masa tu la saya duk ngan moyang saya..Cik Embun nama diberi.PAstu, bila moyang dah takde, duk ngan nenek, Puan Maimunah.PAstu, PAs plak kat maksu..erm.maaf ye maksu lupo namo diberi eh..tak lupa, adikberadik sye yang selalu sgt disusahkan oleh saya. Abg2 saya sejak kecik mmg independent.Sampaikan masak pun lg teror dr kami yg pompuan ni.Ingat lg, abg saya yang selalu timang saya masa kecik,saya duk atas bahu pastu dibawa berpusing2,pastu abg saya yg dodoikan saya dlm buai,buatkan susu., nak tido atas riba abg.huhuhu..rindunya saat2 macam tu..kakak saya pun sllu disusahkan.kemana saja diorg nk pegi sye mesti nak ikut.Sampai la dah besar, nak gi jumpa awek pun saya ikut..ok la tu berteman kan.eheh..Tapi skrg, masing2 ade kerjaya sendiri,masing2 bz sampaikan berjumpa pun time perayaan n ade event fmily.kdg2,terdetik jgk, diorg ni bz jer..tp pk balik.NAk cri rezeki..Sebab tu la time berkumpul suma, saya mesti manfaatkan betul2..
Sampaikan skrg, saya masih lg banyak susahkan adikberadik saya,.Tp saya suka.eheh.Sebab dgn cara ni jgk lebih mendekatkan saya pada diorg..InsyaAllah, jika masih ada rezeki umur yg panjang, saya akan pastikan saya akan sentiasa wat yang terbaik untuk diorg.Biarlah diorg hepi wpun bukan dgn kehendak saya.Saya sayangkan diorg sgt2.
Hurm..tak lama lagi kakak saya dah nak walimah.Tinggallah diriku yang solo ni kesorangan.Walaupun diasak utk bertindak sedemikian jg,tp saya bertekad kena capai dlu matlamat saya.InsyaAllah, bila masa dah sampai,adindamu pasti menyusul.Sedikit pasal kakakku, wpun beliau sgt garang,tapi aku sllu pujuk dalam ati,dia baik sebenarnya,Dia mesti sayang kat ku sebenarnya.Memang sikap dia macam tu.What ever it is, she's d only sis i have.luv ya sis.
Setakat ni sje dlu kot wat masa ni.Papepun,my stand is Usrati Janati.heheh..So, wat say the rest?Moga keluargaku sentiasa di bawah rahmat peliharaanNya, dilimpahkan kasih sayang antara kami,pengerat kasih sayang, penawar dr sengketa.
Tinta pena
Lilgalsalsabila

Hari pertamaku

Hari pertamaku..


Assalamualaikum w.b.t..salam 'alaik


Hari ni..alhamdulillah..segala puji bagi Allah swt..tercapai jgk cita2 saya nak ada blog sendiri..wpun dah penah wat sblm ni, tp kali ni len skit.mudah2an masa yg tertumpah kepada blog ini mendatangkan manfaat kepada saya dan viewers yg sama2 mau kongsi ceritera..Perkongsian demi perkongsian diharap sentiasa disuluh dengan rahmat dan kasih sayangNya..kerna di situ letaknya singgahsana iman yang butuh mengharap redha Yang Maha Pengasih..InsyaAllah.


Buat permulaan ni, tatau nak tinta apa lagi..insyaAllah sama2 kt telusuri pada masa2 yang menjelang..jika masih ada harapan di sini..kerna kita hanya perancang yang naif..Sang Pencipta ketahui segalanya..


it's near to the end of office hour..so got to go.


Tomorrow will be a new day..but is there really still tomorrow for us?


"Ala bizikrillah hi tatmainnul qulub"