Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Friday, August 20, 2010

RAWATAN KOMPLIMENTARI INSANIAH(RK-i) dan RAMADHAN

Ramadhan seringkali dikaitkan dengan keletihan dan kelesuan kerana perubahan pola makan yang ketara, biasanya ini berlaku kepada kebanyakan orang semasa menjalani ibadah puasa, namun begitu jika ianya terlalu mengganggu ditakuti mencacatkan kesungguhan ibadat puasa itu sendiri.

Sebagai satu cara yang boleh diambil bagi sesiapa yang sihat untuk mengimbangan keletihan akibat puasa, dicadangkan mengambil langkah-langkah berikut :-

  • Sebaik-baiknya masak juadah untuk berbuka sendiri dirumah, jika ada keperluan boleh dibeli di Pasar Ramadhan namun tidak digalakkan. Masak/beli juadah berbuka mengikut keperluan sahaja, jangan berlebihan. Bagi yang memasak sendiri dirumah kaedah memasak dan penggunaan bahan makanan aktif sangat digalakkan seperti gula perang, garam bukit, sayur-sayuran segar dan sebagainya.
    • Pemilihan juadah yang berlebihan adalah merupakan tanda kelemahan Hipotalamus yang bakal mengakibatkan gangguan pada daya tumpuan seseorang. Hipotalamus juga merupakan bahagian otak yang mengawal nafsu makan, jadi jika juadah berbuka terlalu banyak ianya akan mengganggu/membebankan Hipotalamus. Disni bermula kita hilang daya fokus/tumpuan/khusyuk semasa solat maghrib/isyak/terawikh nanti. Tandanya semasa solat fikiran kita akan menerawang kepada aktiviti/perkara lain seperti kerja-kerja yang masih belum siap dan sebagainya. Lebih teruk lagi jika sampai kita mengantuk atau menguap semasa dalam solat. Jadi adalah wajar disarankan kepada semua muslimin/muslimat untuk mengurangkan bilangan jenis juadah berbuka dan adalah baik memasak sendiri dirumah dengan seringkas yang mungkin. Ingat juadah yang ringan adalah asas keberkatan berbuka puasa,malah pada ketika ini elakkan membazir dengan cara proaktif iaitu dengan cara mengurangkan juadah.
  • Amalkan berbuka Puasa dengan 3 biji Kurma dan Air Mineral sahaja. Jangan makan nasi, makanan yang berat semasa berbuka, juga elakkan makanan yang terlalu banyak gula. Jika ada keperluan makanan manis disini adalah manis dalam bentuk yang ringan seperti manis asli kurma. Sebaik-baiknya tidak menghidangkan kesemua juadah makanan di atas meja makan semasa berbuka, jadikan amalan dengan hanya meletakkan kurma dan air mineral sahaja.
    • Kurma mengandungi mineral Potassium yang tinggi yang mana memulakan berbuka puasa dengan memakannya akan membantu mengaktif kerja pra-metabolisma oleh tiroid. Dimana Tiroid yang aktif akan menyusun serta mengatur keperluan zat, vitamin, nutrisi, mineral dan unsur surihan dalam makanan yang kita makan untuk dicernakan dengan sempurna oleh perut. Tiroid yang seimbang akan merembeskan cecair iodin dan kalsium pada makanan yang ditelan agar tepat dengan tanda/label sasaran bahagian sistem organ yang memerlukan makanan tersebut. Berdasarkan tanda/label inilah jus pencernaan dirembeskan setelah makanan sampai ke perut. Kurma juga mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa yang ringan dan mudah hadam untuk terus ditukar menjadi tenaga, sehinggakan ianya membuat kita terus rasa kenyang dan menyegarkan. Dalam kitab "al-Maktuubaat" hasil tulisan Siir al-Hindi menyatakan bahawa biji kurma pada asal dicipta daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s, sebab itu sesiapa yang memakannya akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang serta merta.
  • Lakukan dengan segera Solat Maghrib, bagi lelaki berjemaah di Masjid/Surau terdekat dan Perempuan lakukan dengan segera dirumah.
    • Puasa adalah rahsia akal, dimana mengawal makan akan membuatkan akal kita seimbang, bijak memilih, sangat kreatif serta menguatkan memori. Namun lebih besar daripada itu ialah Solat, Solat adalah rahsia akhlak, dimana terganggu solat akan terganggu akhlak kita. Solat adalah proses transformasi penyerapan tenaga semulajadi daripada alam kepada organ-organ tertentu dalam tubuh kita. Ini bermakna dengan melewatkan solat maka kadar punca tenaga akibat daripada penganjakan matahari ke satah yang lain menjadi semakin kurang,akibatnya kadar penyerapan tenaga alam kepada organ tertentu pada waktu itu makin berkurangan. inilah hikmahnya solat perlu disegerakan. Janganlah mengutamakan/berlebihan dalam berbuka puasa sehinggakan Solat Maghrib di lewat-lewatkan. Sebaik-baiknya berbuka dengan 3 biji kurma dan sedikit air mineral dan terus mengerja Solat, yang terbaik dan sangat dituntut lelaki yang baligh di Masjid/Surau manakala wanita dirumah masing-masing. Namum begitu ini tidak akan berlaku jika diatas meja penuh dengan juadah yang pelbagai rasa, rupa dan bau. Jadi semua muslimin dan muslimat sekalian, berubahlah pada Ramadhan tahun ini dengan cara yang terbaik kerana kita belum pasti lagi akan menemui Ramadhan yang berikutnya. Jika ini dilatih dari sekarang, percaya akan lahir dari rumah kita para bijak pandai,sarjana malah para duat yang bersedia untuk berkorban demi untuk kebangkitan Islam. Sesungguhnya pilihan ditangan anda...bisikan dan godaan Syaitan telah dihapuskan dengan rahmat Allah s.w.t pada ketika ini, yang tinggal hanya nafsu kita semata-mata...inilah masa untuk kita berubah...
  • Selepas Solat Maghrib bersegera Makan Malam, Makan Malam yang baik ialah satu makanan ruji(contohnya nasi, gandum, jagung dan sebagainya), satu jenis lauk dan satu jenis sayur. Pastikan mencecah secubit “Garam/Sole Booster” menggunakan jari manis ke lidah sebelum makan untuk mengaktifkan fungsi gigi dan tiriod. Sebaik-baiknya tidak melengah-lengahkan waktu makan malam serta mengambil masa yang panjang untuk makan, ringkaskan makan malam seringkas yang mungkin. Akhiri makan dengan mencecah secubit “Garam/Sole Booster” menggunakan jari manis k lidah.Selepas makan malam digalakkan mengambil 5ml Jus Harmoni atau segelas susu harmoni untuk membantu meningkatkan tenaga segera agar tidak mengantuk semasa solat isyak, terawikh dan tadarus. Sebaik-baiknya jika ada kesempatan mandi selepas makan malam, jika sesiapa yang berkemampuan “bilasan mandi menggunakan Aromaterapi D-7” sangat membantu menyegarkan badan dan kekuatan segera untuk beribadah dan tidur yang lena. Selepas terawikh luangkan sedikit masa untuk tadarus atau sekurang-kurang membaca Al-Quran, sekurag-kurangnya satu mukasurat, sebaik-baiknya 5-10 mukasurat atau lebih.
    • Ingat buruk makan seseorang itu, buruk/pendeklah akalnya. Apabilah makan ingat 5 organ ini, iaitu perut, hati, buah pinggang, hempedu dan buah pinggang. Sebab itulah dalam Islam hikmahnya diwajibkan puasa, supaya organ-organ ini yang bekerja sepanjang tahun telah terbeban dengan tabiat makan kita yang berlebihan, jadi direhatkan organ ini pada siang harinya agar berlaku pemecahan glukogen tepu pada hari kita untuk ditukar menjadi tenaga, proses ini berlaku pada tahap yang penting, tahap pertama bermula daripada terbit fajar hinggalah ker waktu berbuka(pada tahap ini penguraian glukogen tepu akan mula berlaku(biasa disertai dengan tanda sedikit mengantuk terutama selepas zuhur-namun sebaik-sebaiknya jangan tidur,yang terbaik pada waktu ini melakukan kerja yang melibatkan lebih sedikit pemikiran dan penggunaan akal), tahap kedua, waktu berbuka puasa, waktu ini sedikit tenaga baru diperlukan bertujuan untuk memecah dan mencantumkan nutrien dan mineral yang terurai pada tahap pertama kepada bentuk yang ringkas dan senang ditukar bentuk, jadi sebahagian besar tujuan berbuka puasa bukanlah semata-mata untuk menghilang lapar dan dahaga, namum memerlukan tenaga segera untuk membantu proses ini agar tidak terbantut, inilah rasionalnya anda perlu makanan makan yang mudah dan senang,ringkas proses penghadamannya. Sebagai booster fizikal untuk membantu agar fasa ini berlangsung dengan sempurna maka perlulah ada satu keadaan penyelarasan neuro dan fisiologi tubuh, ini semua akan berlaku apabila setiap pemikirang yang berfokus disertai dengan gerakan-gerakan yang sekata, inilah rahsia Solat Tarawikh yang banyak bilangan rakaatnya. Amat malanglah bagi sesiapa yang pada ketika ini tidur atau sekadar berbual-bual kosong, menonton tv dan sebagainya. Sudah pasti untuk kerja-kerja sebenar pada tahap kedua pemecahan glukogen tepu tidak akan berlaku dengan sempurnanya,melainkan hanya semata-mata keletihan sahaja.
  • Tidur awal, sebaik-baiknya tidak melebihi pukul 12.00 malam, ingat tiada tidur tanpa bersugi dan wuduk, pada ketika ini boleh gunakan “Aromaterapi D-7” dengan kaedah sapuan pada anggota wuduk. Pastikan lampu ditutup dan tidur dalam suasana gelap, elakkan tidur dalam cahaya yang terang kerana ianya boleh menyebabkan kesan asidifikasi dalam darah yang menyebabkan kita keletihan pada keesokkannya. Maafkan semua orang, pasang niat untuk bangunan awal untuk Qiamullail dan sahur.
    • Tahap Ketiga akan bermula apabila kita tidur, sebab itulah dalam bulan Ramadhan tidur adalah satu aktiviti yang sangat penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Setelah kesemua glukogen tepu telah terurai ke tahap nutrien dan mineral yang ringkas sepenuhnya, maka ianya memerlukan kekuatan penyusanan dan pengagihan serta penukaran kepada bentuk tenaga yang diperlukan oleh sistem tubuh berdasarkan kepada kepentingan dalam mengekalkan keseimbangan (homeostasis) kehidupan. Ini semua akan berlaku apabila segala tekanan emosi, minda dan fizikal diredakan sepenuhnya melalui proses tidur yang delta ataupun juga amalam yang 100% bersifat rohani seperti tadarus dan sebagainya. Sebab itulah disaran tidur dengan sempurna, bersugi-membantu membersih mulut daripada tekanan bekteria jahat yang mengganggu, berwuduk-berupaya meleraikan tekanan radikal bebas secara fizikal pada lapisan kulit,malah juga meleraikan radikal bebas dalam bentuk rohani seperti dosa-dosa kecil akibat daripada kehidupan semasa, tempat tidur yang bersih-mengurang tekanan sekitaran seperti habuk, hama, bau busuk dan sebagainya, membaca doa tidur - melepaskan tekanan kebergantungan kita kepada makhluk kepada Allah s.w.t 100%, memaafkan kesalahan orang-melepaskan tekanan emosi, menghalalkan hutang -melepaskan tekanan fizikal daripada mengharapkan bayaran sehinggakan gangguan pada tidur, membaca ayat suci Al-Quran-melepaskan tekanan daripada gangguan yang tidak kelihatan, tidur dalam gelap-menghilangkan tekanan medan elektromagnetik daripada cahaya lampu yang akan menyebabkan kesusutan oksigen dalam darah dan sebagainya. Kesimpulannya tidur adalah satu amalan yang menyempurnakan tahap ketiga proses pembetulan sistem kehidupan semasa menghadapi ramadhan ini.
  • Sebaik-baik bangun untuk Qiamullail ialah pukul 3 pagi (mungkin sedikit susah, namum usahakan secara bersungguh-sungguh, badan yang betul-betul sihat sememangnya mempunyai kemampuan ini, jika tidak maknanya anda masih belum sihat dengan sempurna terutamanya bagi orang lelaki). Bangun, bersihkan diri daripada hadas, wuduk dengan sempurna, mulakan Qiamullail dengan solat sunat wuduk, taubat, tahajjud dan hajat. Sebaik-baik solat malam ialah berdiri membaca ayat-ayat Al-Quran dengan lebih lama daripada biasa. Bersahurlah pada bahagian yang hujung, iaitu dalam lingkungan 45 minit sebelum Imsak, jumlah maksimun boleh diambil semasa sahur ialah tidak melebihi jumlah makan malam tadi, namum sebaik-baiknya ¼ daripada jumlah makan malam sebelumnya. Bersahurlah jika terpaksa walaupun dengan kurma dan air mineral sahaja bagi mereka yang tidak suka bersahur. Pada ketika ini penggunaan “Garam/Sole Booster” adalah amat digalakkan. Jika juadah bersahur masih belum siap dan kita telah selesai Qiamullail adalah lebih baik menunggu dengan membaca Al-Quran bagi kaum lelaki, namum membantu isteri menyediakan juadah juga sangat digalakkan. Kepada surirumah/isteri/wanita ringkaskan juadah bersahur, jangan habiskan banyak masa untuk memasak, bahagikan juga masa anda untuk Qiamullail dan membaca Al-Quran. Disinilah peranan kerjasama dalam keluarga, suami dan anak ya ng dewasa perlu peka untuk meringankan kerja isteri/ibu. Tutuplah sahur anda dengan mengambil “5ml Jus Harmoni atau secawan susu harmoni” untuk memberikan tenaga segera bagi menghadapi puasa seharian. Bagi lelaki Solat Subuh Berjemaah di Masjid/Surau, manakala wanita bersegera solat di rumah masing-masing. Pastikan anda tidak tidur selepas subuh, jagailah sepanjang hari solat-solat wajib seperti Zuhur dan Asar dengan sesempurna mungkin, iaitu lelaki berjemaah di Masjid/Surau di tempat kerja atau sebagainya, manakala wanita jagainya solat dengan di awal waktu.
    • Bahagian adalah bahagian yang sangat penting, ialah proses pada tahap keempat dimana pada bahagian ini penukaran bahan kepada sifat tenaga 100% akan berlaku yang lahir melalui proses-proses yang berperingkat-peringkat. Ini kerana hipotalamus merupakan pusat berfungsinya empat hormon yang berpengaruh terhadap daya tumpuan iaitu serotonin, dopamine, norepinephrine dan acetycholine. Hormon-hormon ini diuja keluar melalui penyerapan tenaga alam semasa sujud dan rukuk pada waktu yang bermula daripada 3.00 pagi hingga 5.30 pagi,akhirnya menyelaraskan percatuman nya dengan enzim dan co-enzim yang dihasilkan melalui pembakaran nutrien pada tahap 1 hingga 3 sebelum ini. Hasilnya memberi reaksi psikologi klinikal yang melahir 4 sifat utama iaitu tenang, sabar, ikhlas dan redha. Disinialh hikmahnya ganjaran yang berganda-ganda Allah s.w.t letakkan pada sesiapa yang menghidupakan 2/3 akhir malam, ini semua sebagai latihan kepada manusia supaya apbila berakhir Ramadhan semua momentum ini dapat diteruskan menjadi rutin kehidupan seharian. Jangan rosakkan semua ini dengan makan sahur yang berlebihan atau tanpa sahur langsung selepas daripada Qiamullail, ini kerana bersahur dengan sederhana menggantikan tenaga yang susut semasa memadankan tenaga alam yang diserap dengan enzim/co-enzim tadi, namum tidak bersahur langsung akan menyebabkan berlakunya kelompangan tenaga yang mengakibat keletihan yang amat terasa selepas Zuhor pada siangnya,manakala berlebihan sahur akan mengakibat bebanan pada sistem penghadaman dan sistem hormon yang akan mengakibatkan kita sangat mengantuk pada waktu paginya terutama pada waktu Dhuha. Tidur selepas waktu Subuh juga boleh menyebabkan terhentinya proses pada tahap ke-empat ini kerana hilangnya fungsi Hipotalamus sebagai koordinator pencantuman tenaga dengan enzin/co-enzim, akibatnya sifat yang baik tidak terbentuk dan lebih teruk lagi enzim/co-enzim yang telah terhasil tadi tidak digunakan dan akan mendap pada darah yang boleh mengakibatkan sakit sendi, pedih pada ulu hati, sesak nafas dan juga sakit kepala.
  • Semua perkara yang ditekan diatas adalah perkara yang sedikit luar daripada kebiasaan kita, juga disini saya tidak menekankan beberapa perkara seperti doa berbuka puasa, doa makan, doa sesudah makan dan beberapa amalan sunnah yang lain kerana saya menganggap anda sudah melakukannya, bukannya ianya tidak penting, semoga sangkaan ini me njadi realiti kehidupan anda seharian.
  • Cadangan/saranan ini adalah kepada mereka yang sihat, tidak mengalami apa-apa penyakit kekal seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Jika sesiapa yang inginkan cadangan yang spesifik bagi penyakit atau masalah tertentu dan inginkan rawatan semulajadi, sila hubungi Perunding Profesional RK-i.

No comments:

Post a Comment