Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Tuesday, August 10, 2010

Sekian lama

Saban hari
waktu kutinggalkan
Bagaimana hasilnya?

Saban hari
Kumengira..
Berapa lamakah usiaku
Bagaimana hasilnya?

Saban hari
Kuhadapi
Ujian demi ujian
Subjektif maksudnya
Bagaimana akhirnya?

Hari ini..sesunyi hari- hariku yang berlalu. Terkadang aku ceria.Terkadang aku sengsara. Bahawa hidup ini hanya seketika. Segalanya pinjaman. Sedarkah daku?

Perancangan..kucuba sedaya mengaturnya. Tapi, Allah jua penentu segala. Rentetan perjalanan hidupku seketika ini..cuba kuwarnakan seindah daya. Kucuba, dalam setiap detik masa, membahagiakan, memenuhi semua pinta.Keluarga..segalanya. Agama..tentunya adalah yang pertama. Sahabat2..masih adakah di kala ini?

Perjalanan sudah 23 tahun berlalu. Di setiap sela masa, ada jiwa lemah yag benar2 menagih petunjuk dan bimbingan..dari siapa lagi? Tentunya, Engkaulah Ya Rabb, Sang Pencipta.

Betapa aku cuba untuk sentiasa mendekatimu. Namun, kadangkala aku tewas. Aku jauh. Ya Allah, jangan tinggalkan aku sendiri...

Konflik diri:
" Sekarang dah sem 2. projek macam jalan tak jalan. Lepas raya dah kena present proposal. Proposal masih sentiasa ada pembetulan. Journal masih bertingkat2 kena selak.

Eh, penjejak ilmu tidak boleh putus asa. Kita kan kena jadi pencetus ilmuan seperti lahirnya mujahidah ilmuan berabad dahulu. Ke mana hala tuju seorang muslim? Lantas, hati membidas. Berkecamuk perang kecewa, semangat, redha, tawakal,risau, keliru dan pelbagai lagi rasanya. Oh Pencipta Ilmu...izinkan daku meraih nikmat ilmu Mu. Lindungi daku dari putus asa. Lindungi daku dari hijab untukku meneroka ilmuMu. Bukakanlah pintu2 imuMu, moga daku dan sahabat2 saudara seagamaku pantas mengejar nilai yang mulia di sisiMu...

Bingkai kehidupan
Album : Hijrah
Munsyid : Bijak
http://liriknasyid.com


Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi





No comments:

Post a Comment