Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Thursday, May 20, 2010

Kesusasteraan Hidup

Jam sudah menunjukkan ke angka 8 pagi. Sejuk mata hati nengokkan si kecil hani yang masih lena.Mimpi apa agaknya beliau ...Kesian pulak kat tv yang sedia terpasang sejak subuh tadi. Tv tu pulak yang tengok kitorang. Tak elok ya untuk diamalkan, banyak gelombang tak elok..hee...insyaAllah lain kali tak buat lagi.

Dah lama tak tengok tv pagi. Hari ni sempat jugak dengar celoteh wardina dan fedtri kat program MHI. Kadang2 pengisian program rencana macam ni boleh buka minda jugak di pagi hari. Tapi, satu pesanan dari fedtri di hujung rancangan benar2 membuatkan saya berfikir. Seakan beliau tahu apa yang saya lalui sekarang. Begitulah naluri manusia. Maha Suci Allah dan Maha Pengasih Pencipta itu tatkala menyalurkan ilham itu melalui hambanya, untuk disampaikan kepada hambaNya yang lain.

Kata pujangga hari ini..

" Sepohon pokok, apabila dicantas dahannya, makin merimbunlah akhirnya ia berkembangbiak. Bagaikan ada zat baru untuk tumbuh kembali. Begitu juga manusia. Walau dicantas berkali2, kesannya bukan menjadikan dia tumbang, tetapi makin bersemangat untuk memperkembangkan potensi diri."

Itulah sastera kehidupan. Teringat kata2 seorang ustazah ketika Seminar Bait Muslim 2 bulan lepas, perjuangan untuk menegakkan agama di bumi Allah ini memang tidak dihamparkan dengan permaidani merah yang dijulang atau dipandang oleh manusia akhir zaman kini. Malah golongan minoriti inilah yang akan ditekan2 oleh si pendusta agama sehinggakan makanan pada akhir zaman bukan lagi nasi himpit mahupun burger yang sedap, tapi butir2 zikir yang penuh keinsafan. Meratap pada Si Pencipta.

Rasa kesian jugak bila teringatkan pada sahabat2 seperjuangan ketika ini dan sebelumnya yang setia bersama tatkala diri diuji dengan nikmat sakit. Ya, saya sering diuji dengan nikmat itu. Tapi, tak tahulah sejauh mana diri ini bersyukur. Mohon ampun atas khilafku Ya Allah...Lucu pun ada bila ada beberapa orang yang berkata: "Awak ni macam orang tua la, sakit situ sakit sini. "; awak ni sakit ape pulak hari ni, biasanya awak kan sakit macam2 patah gigi la, sakit perut la.."; Hee...sya tahu kata2 itu ahir dari hati untuk menceriakan, bukan merendahkan semangat saya.

Justeru, penglibatan saya dalam dunia perubatan komplimentari merupakan satu langkah awal untuk saya mendekati masyarakat. Menyedarkan masyarakat bahawa sakit itu hakikatnya nikmat yang perlu disyukuri. Pada masa yang sama, usaha ke arah penyembuhan itu mestilah selari dengan kehendak syariat. Seperti kata ustaz hasrizal melalui blog beliau (saifulislam.com), alternatif kepada menganggur bukan menjadi seorang perompak. Bunyi seperti ekstrim. Tapi jika diteliti, ada relevannya. Usaha yang bersungguh2 dengan jalan yang sahih dan thiqah, insyaAllah Allah akan buka jalan bagi kita. Jika tidak sekarang, mungkin di akhirat kelak. Rawatan tidak semestinya mahal dan hebat namanya disebut2. Rawatan bukan bersandarkan pada ubat semata2. Rawatan tak semestinya melalui seorang doktor yang sangat hebat. Tapi, walau macam mana rawatan sekalipun yang kita ambil, sandarkanlah ia pada kebesaran Pencipta. Dialah yang berkuasa mendatangkan hasilnya, bukan kita yang menentukannya mengikut kehendak diri. Itulah yang menjadi asas kepada penubuhan Pusat Komplimentari Insaniah. Usaha sebahagian golongan hamba Allah yang masih kerdil untuk mengumpulkan masyarakat kepada suatu perubatan alternatif menurut perspektif Islam. (www.kuskom.net).

Penstrukturan sistem organisasi yang melibatkan 3 intrumen utama iaitu Bahagian Rawatan dan Farmasi, Bahagian Latihan dan Perundingan dan juga Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, diharap mampu mencorak satu dimensi baru di celah masyarakat kini yang semakin bergantung harap yang tinggi pada doktor atau ubat yang hebat, bukan kepada si Pencipta yang Hak. Penyediaan rawatan berasaskan kaedah Diagnosis Aplikasi Tangan Kanan yang melibatkan tindakbalas bioelektrik dalam sistem tubuh mungkin masih baru bagi sebahagian masyarakat. Tapi, itulah salah satu rawatan secara natural yang tidak melibatkan kecederaan tubuh badan seperti suntikan atau sebagainya. Aplikasi ini sebenarnya berpelengkap dengan rawatan konvensional semasa, di mana pesakit yang menerima rawatan doktor perubatan semasa, masih boleh meneruskan rawatan dan pada masa yang sama mengaplikasikan rawatan alternatif ini sebagai komplimen atau pasangan.

Melalui Bahagian Latihan dan Perundingan, pusat rawatan ini bergiat aktif untuk lebih mendekati masyarakat. Pelbagai Kursus Asas, Kursus Lanjutan, Kursus Pembangunan Diri dan Kursus Perawatan Profesional juga dianjurkan dengan bayaran yang berpatutan. Tak ketinggalan, Seminar Gaya Hidup Sihat Menurut Perspektif Islam turut berlangsung di kebanyakan tempat di sekitar Johor (buat masa kini). Mana2 organisasi yang berminat boleh menjemput pihak pengurusan yang terlibat. InsyaAllah, apabila kita menghadiri majlis ilmu dan berusaha untuk mewujudkan majlis ilmu, malaikat2 di langit akan turut mendoakan kita. InsyaAllah, apa saja yang termampu utuk kumpul merit kat dunia ni, selagi masih berlandaskan syariat, moga2 kita semua terus thabat dalam perjuangan.

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan lebih memfokuskan ke arah formulasi produk yang diharapkan dapat menjadi pengganti kepada makanan hari ini yang banyak mendatangkan mudharat, berbanding khasiat. Bahan2 asas seperti madu, kristal garam bukit, air zamzam, delima, madu, za'faran, habbatus sauda, susu kambing dan pelbagai produk aromaterapi yang diformulasi bersama minyak zaitun menjadi prospek untuk lebih dekat di hati masyarakat. Matlamat utama pengurusan bukan semata2 ke arah penghasilan keuntungan yang berlipatganda tanpa melihat kepada faedah produk tersebut kepada pengguna. Pengedaran produk bukan secara pasaran bebas, tetapi melaui kelas2 dan kursus2 yang dianjurkan. Penjualan bukan semata2 nak habiskan stok, tapi menyebarkan ilmu kepada pengguna terlebih dahulu dan terserahlah kepada pengguna untuk memilih. Sekurang2nya, pengguna menggunakan produk setelah memahami baik buruk dan cara guna yang selari dengan keperluan semasa. "Sale by knowledge, not the sale just upon to clearance stock.InsyaAllah..moga kefahaman itu sampai ke lubuk hati masyarakat.

Wahai orang2 mukmin, masih ingatkah perjuangan kekasih Allah pada sutu ketika dulu?
Ayuh, kita bangkit bersama2 walaupun dengan usaha yang sekecil semut di dalam sebekas air, tapi hasilnya barangkali seperti jerung di lautan. Mencari redha Allahlah yang utama dalam apa jua tindakan. Carilah dahan yang teguh untuk berpaut tatkala diri kita diuji. Diuji dengan kesakitan, itulah nikmat. Tapi, sejauh mana kita bersyukur, wallahu'alam.

"Barokallahufik"

Hananwirda






No comments:

Post a Comment