Sharing is Caring (^^;)

"Tiada seorang muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya (syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa selagi dijauhi dosa besar.":- Imam Al- Nawawi

Wednesday, May 5, 2010

Di mana bumi dipijak, di situ syariat dijunjung

Mengulang sebut frasa di atas seakan menggetarkan jiwa yang lemah ini.sejauh manakah syariay kita junjung selama ini? adakah kita umpama "melukut di tepi gantang?ada atau tiada sama saja,tidak memberi kesan mahupun manfaat pada sesiapa.nauzubillah..

Seketika pandangan saya begitu terpegun tatkala berkunjung ke beberapa buah sekolah agama sekitar johor dalam bulan mac yang lalu. Alhamdulillah, mereka sungguh bertuah kerana sejak remaja dah ada peluang jejakkan kaki ke dunia madrasah yang penuh islami. terpampang di papan2 kenyataan, banyak artikel yang mampu menjadi peringatan dan ruang muhasabah buat diri sendiri.Sedikit frasa ayat yang terkandung dalam Majalah Solusi ISU NO 17,

"Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. koreksi satu persatu kesalahan kita. setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri sendiri."

Begitulah bahawasanya diri kita sendiri pun kita kena dikasihankan.apatah lagi terhadap sesama saudara seagama kita, di mana suatu hari nanti di Yaumul Mahsyar, sekurang2nya timbangan kita memberat ke kanan didokong oleh sifat ehsannya kita sesama sendiri. InsyaAllah..

Teringat saya pada seorang sahabat yang pernah saya kenali kurang lebih 3 tahun dahulu. Seakan kurang percaya kami akan jadi sahabat sehingga kini. namun, lantaran kegawatan, kekalutan masa yang menghambat, kami semakin jarang berhubung. sesekali bertanya khabar, seakan seribu perkara mahu diluahkan.tp seperti biasa, kami akan kehilangan kata dek terharu diberi peluang untuk berbual wpun seketika.

Kini, sahabat saya menderita. sebolehnya, saya takmahu menyebut dengan kata derita, kerana itu hakikatnya ujian dari Allah. Luluh hati bila mendengarkan luahan hatinya,yang bukan mengeluh sebenarnya.tp masih bersemangat tatkala menghidapi sakit yang tidak tahu puncanya, yang masih tidak kenal penawarnya. menyalahkan manusia semata2 atas perkara yang berlaku bukanlah penyelesaian. lantas, doa yang kudus, harapan yang telus, saya panjatkan kepada Allah, Sang Pencipta yang Maha Pengasih,moga2 imannya diperteguh, amalnya ditingkatkan, sabarnya menebal. Diturunkan ujian itu berbeza2 atas kemampuannya. Dan apa yang pasti, Allah itu tidak zalim malah Maha Adil pada hambaNya kerana Dialah yang Mengetahui segalanya..Barokallahufik ya ukhti.

Kehidupan ini penuh dengan duri syahwat, duri maksiat, duri angan2 kosong, duri keraguan dan duri kejahilan. andai tak siapkan diri untuk melangkah penuh waspada, duri2 itu akan menembusi langkah kita. bersiap dengan kewaspadaan itulah ibaratnya taqwa.Riwayat yang sahih mengisahkan bahawa Umar al Khattab r.a. pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa. Ubai menjawab dengan analogi yang sungguh berkesan.
"Bukankah anda pernah melalui jalan yang berduri?". tanya Ubai kembali.
"Ya". Jawab Umar.
"Apa yang anda lakukan saat itu?"tanya Ubai lagi.
"Saya bersiap untuk berjalan hati2."
"Itulah taqwa." Simpul Ubai.
Jadi, marilah kita sama2 menghayati sifat taqwa dalam diri, moga kelemahan kita dapat ditampung oleh amal dan iman yang semakin efektif. InsyaAllah..

** Selami Gaya Hidup Sihat, Amalan dan Perawatan Pusat Komplimentari Insaniah
www.kuskom.net

No comments:

Post a Comment